Kisah bermula dengna Upin dan Ipin
bermain sorok-sorok di ruang tamu, dengan Upin selaku pencari, apabila
mereka diganggu oleh telefon berdering. Ipin yang menyorok dekat meja
telefon segera mengangkat gagang untuk menjawab, kemudian memanggil Kak Ros
ke mari, sambil mendedahkan dirinya kepada Upin. Upin bertanya siapa
yang memanggil; "lelaki" jawab Ipin sambil memerli. Maka Ros geram
merampas gagang dari adik-adiknya yang nakal untuk menjawab. Apabila Ros
bertelefon, dia masih diusik oleh Upin dan Ipin yang cuba mencuri
dengar, lalu menyuruh mereka beredar. Setelah selesai perbualan, Ros
bergembira di ruang tamu, menghairankan Upin dan Ipin yang baru
mengambil minuman dari bilik dapur. Sebaik sahaja sedar, Ros segera
meredam dan masuk ke biliknya dengan senyum sepi.
Koleksi komik keratan akhbar.
Beralih kepada suatu hari kelak di Tadika Mesra,
Upin dan Ipin mendapati bahawa sesetengah kawan-kawannya seronok
membaca suatu komik. Rupa-rupanya komik itu adalah "Kembara Kembar
Nakal", judul terbaru yang dikerat dan dikumpulkan dari surat khabar
dalam satu buku oleh Mail
sendiri, apalagi bukan untuk dijual. Upin memohon pinjam, tetapi Mail
memesan supaya menggunting dan menampal sendiri dari surat khabar lama.
Balik rumah nanti, Upin dan Ipin segera menemui setimbun surat
khabar yang diberkas di bawah tangga bilik dapur. Lantas mereka membuka
ikatannya dan mencari-cari komik yang dicari-cari mereka. Dalam mencari,
Ipin terleka membaca tajuk berita "Perpustakaan Kampung Durian Runtuh",
tetapi segera ditegur oleh Ipin supaya terus mencari komik itu.
Pencarian mereka yang bersungguh-sungguh itu membuat lantai bilik dapur
bersepah, hinggalah mereka disedari dan ditengking oleh Ros. Setelah
mendengar alasan mahu mencari "Kembara Kembar Nakal", Ros berpesan
bahawa komik itu tidak terdapat dalam surat khabar yang mereka cari itu,
tetapi dalam surat khabar lain, malah hanya sudi memberitahu yang mana
satu jika mereka selesai mengemas surat khabar yang mereka sepahkan.
Rajinnya mencari komik hingga tempat bersepah.
Setelah mengemas, Upin dan Ipin ke ruang tamu dan bertemu dengan Opah
yang sedang membaca surat khabar yang lain daripada yang mereka
selongkar tadi. Mereka memohon supaya Opah meminjamkan surat khabar itu
kepada mereka dengan alasan sekadar untuk membaca. Namun setelah
menyelak-nyelakkan surat khabar itu tanpa menemui apa yang dicari,
mereka segera memulangkan surat khabar. Ini membuat Opah berasa hairan.
Setelah mendengar niat sebenar mereka, Opah berpesan bahawa surat khabar
digunakan untuk membaca berita dan hal-ehwal semasa, bukan komik.
Alasan mereka, mereka masih kecil. Opah sudi membacakan untuk mereka,
tetapi mereka cepat beredar. Upin dan Ipin mencuri masuk bilik Kak Ros
dan dikejutkan dengan sesuatu...
Akhirnya Upin dan Ipin menemui apa yang dicari-cari, atau lebih
kurang begitu – surat khabar yang dikerat komiknya. Setelah kecewa
dengan penemuan, mereka terdengar suara Kak Ros yang baru sahaja pulang,
lalu mengambil kesempatan untuk bertanyakan di mana komik yang mereka
cari itu kepada kakak mereka. Kak Ros bertanya sama ada mereka gemar
akan komik itu, maka mereka berdua pun memuji-muji wira-wira yang mereka
kenali daripada komik itu. Kak Ros bertanya pula akan pendapat mereka
tentang lukisan, tetapi kali ini Upin dan Ipin tergamam. Kak Ros yakin
bahawa adik-adiknya tidak membaca komik itu betul-betul lalu beredar
tanpa memberitahu mereka apa yang mereka kehendaki.
Keesokan hari, setelah pulang ke sekolah, Upin dan Ipin menemui
senaskhah surat khabar di atas meja ruang tamu, lantas membelek-belek
halamannya untuk mencari komik itu sekali lagi. Sekali lagi mereka tidak
berhasil. Mereka turut dikejutkan oleh kepulangan Kak Ros yang mengeluh
pening kepala. Maka mereka mengeluh kepada kakak mereka bahawa komik
itu tiada dalam surat khabar hari ini. Jelas Kak Ros dengan geram, komik
itu hanya disiarkan pada hari Ahad.
Hampa...
Beralih ke hari Ahad, tetapi Upin dan Ipin masih mengeluh tidak dapat
jumpa komik itu. Kak Ros menengking kepada mereka supaya bersabar,
tetapi tiba-tiba menahan kata. Ini membuat Upin dan Ipin rasa hairan.
Sebagai penawar duka, Upin dan Ipin membuat olok-olok sebagai Kembara
Kembar Nakal, apabila mereka diperanjatkan oleh seekor lipas. Tanpa
mereka sedari, gelagat mereka disaksikan oleh Kak Ros dengan rasa minat.
Sedutan komik Kembara Kembar Nakal, bab Lipas Raksasa.
Beberapa hari kemudian, keluarnya bab Kembara Kembar Nakal yang
menampilkan dua wira menewaskan seekor lipas raksasa dengan kuasa-kuasa
"Pancaran Hyper" dan "Putaran Badai". Komik itu dinikmati oleh Upin,
Ipin, Ehsan, Fizi, Jarjit dan Mail
di pondok. Sementara kawan-kawan mereka memuji-muji cerita komik itu,
Upin dan Ipin terasa sesuatu yang melintas di dalam fikiran mereka.
Mereka menyedari bahawa cerita dalam komik itu sama dengan kisah mereka
dengan lipas di ruang tamu tempoh hari, lengkap dengan "Pancaran Hyper"
dan "Putaran Badai" yang pernah mereka perolok-olokkan untuk menghalau
serangga itu. Maka kembar berdua itu segera memberitahu kawan-kawannya
bahawa Kembar Nakal itu adalah diri mereka.
Pengakuan tergempar Upin dan Ipin itu disambut dengan gelak tawa
persendaan oleh kawan berempat mereka itu. Pada masa yang sama,
datangnya Kak Ros berbasikal yang bersinggah dekat pondok itu lalu
bertanya khabar kepada budak berenam yang riuh itu. Mail menjelaskan
kata-kata Upin dan Ipin bahawa Kembar Nakal itu adalah diri mereka. Maka
Kak Ros memesan mereka supaya menanya pelukis komik itu jika hendak
tahu, lalu menunjukkan nama pelukis itu di hujung komik. Di hujung komik
itu tertulis "R, Kg. Durian Runtuh".
Baru mereka sedar bahawa si pelukis berasal daripada kampung mereka!
Belum sempat mereka bertanya selanjutnya, Kak Ros pun beredar untuk
mengirim barang di pekan. Maka mereka tertanya-tanya siapakah R yang
dimaksudkan itu.
Pada malam hari, sambil menonton televisyen bersama-sama, Upin
dan Ipin sempat memberitahu Kak Ros dan Opah bahawa cerita Kembara
Kembar Nakal itu sama dengan cerita mereka. Balas Ros, "Akak yang buat",
maka seluruh keluarga pun terkejut lalu tergelak dan memerli kerana
sukar percaya. Selepas itu, Upin dan Ipin kembali tertanya-tanya siapa
"R Kg. Durian Runtuh".
Tahu juga siapa pelukisnya...
Hujung minggu kelak, sedang mereka membuat kerja rumah siang-siang,
Upin dan Ipin pergi mencari pemadam pada meja Kak Ros. Di sanalah mereka
terjumpa sepucuk kad jemputan ke Majlis Pelancaran Komik Kembara Kembar
Nakal. Dengan itu mereka dengan membawa kad itu sekali meluru ke bilik
Kak Ros dan mengetuk pintu yang terkunci. Dengan tiba-tibanya Kak Ros
membuka pintu hingga membuat adik-adiknya jatuh ke dalam. Dalam bangun
mereka terlihat kertas-kertas yang berlukisan lakaran komik, lalu mereka
akhirnya sedar bahawa kakak merekalah "R, Kg. Durian Runtuh" yang
mengarang Kembara Kembar Nakal!
Opah pun datang dan menyedari betapa bersepahnya bilik Ros. Dia
diberi kad jemputan itu oleh Upin lalu akhirnya sedar mengapa Ros
berkurung dalam bilik dan jarang menolongnya kebelakangan ini, tetapi
bangga kerana cucu sulungnya berjaya sambil hairan mengapa Ros
merahsiakan hal itu daripada keluarganya. Jelas Ros, dia berniat untuk
merahsiakan yang dia sedang melukis komik itu hinggalah komiknya cukup
disambut baik. Sambil itu, dia menyerahkan contoh jilid pertama buku
komik Kembara Kembar Nakal kepada adik-adiknya, dan menjemput seluruh
keluarga untuk ke majlis pelancaran itu.
Di petang hari, Ehsan, Fizi, Jarjit dan Mail sedang bermain
apabila mereka dikejutkan oleh Upin dan Ipin yang memakai baju Melayu.
Setelah ditanya ke mana mereka pergi, berjumpa dengan R si pelukis komik
jawabnya. Sebagai buktinya, mereka menunjukkan dua salinan buku komik
Kembara Kembar Nakal kepada mereka, siap dengan gambar kakak mereka di
kulit belakang – maka mereka berempat turut terperanjat.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar